Suratan Hakmilik Sementara - Mukim/Daerah
Hakmilik Sementara tidak semestinya Leasehold (Pegangan Pajakan). Ramai yang keliru antara Hakmilik Sementara dengan Leasehold. Tahukah anda ada juga Hakmilik Sementara yang berstatus Freehold.
Dalam bahasa mudah, Hakmilik Sementara adalah suratan hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dengan keluasan sementara (belum muktamad) dan belum ditetapkan secara ukur kerana beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti pengambilan sebahagian tanah untuk rizab jalan, rizab sungai dan atas beberapa sebab lain yang berkaitan dengan pengambilan sebahagian tanah.
![]() |
Hakmilik Sementara - Freehold |
![]() |
Pelan tanah |
- Tajuk suratan sudah bertulis Hakmilik Sementara
- No. H.S.(M). H.S bermaksud Hakmilik Sementara. (M) bermaksud mukim. Ada juga hakmilik sementara bernombor H.S.(D) - Daerah
- Kategori penggunaan tanah - Pertanian. Bermaksud ini tanah pertanian (kebun). Bukan lot banglo.
- Pada bahagian tengah bertulis Geran untuk selama-lamanya. Bermaksud Freehold.Jika Leasehold akan bertulis "Pajakan selama tempoh 60/99 tahun berakhir pada 2xxx.
- No lot didalam suratan hakmilik sementara ini ada pelbagai tajuk. Contohnya PT, PTD, PTB, LO, MLO, TLO, PLO, PLOT.
- Pada mukasurat 3 (bahagian pelan), pernyataan no.2 bertulis "sempadan yang ditunjukkan dengan warna merah, belum ditetapkan secara ukur, adalah sementara sahaja". Inilah yang dimaksudkan dengan Hakmilik Sementara.
Tidak ada batu sempadan
Sudah
dinyatakan didalam suratan hakmilik. Sempadan belum ditetapkan secara
ukur. Manakan ada batu sempadannya. Batu sempadan hanya diletakkan
apabila tanah sudah diukur oleh juruukur berlesen dan diisytiharkan
sudah mendapat status keluasan yang muktamad seperti dalam suratan
hakmilik tetap
Kalau
tak ada batu sempadan, macam mana nak tahu sempadan? Juruukur boleh
memberitahu anda dimana sempadan sebenar mengikut pelan yang dinyatakan
didalam suratan hakmilik. Biasanya juruukur akan tag koordinat batu
sempadan tanah lain yang paling hampir dengan tanah yang hendak diukur
sebagai rujukan utama. Ada juga juruukur yang sudah pun mempunyai data
dimana sempadan tanah anda.
Suratan Hakmilik Tetap - Mukim/Negeri
Hakmilik
tetap bermaksud keluasan yang dinyatakan didalam suratan hakmilik sudah
pun muktamad. Batu sempadan sudah pun diletakkan dan tidak boleh diubah
sewenang-wenangnya.
Hakmilik tetap boleh berstatus Leasehold dan juga Freehold. Jika Leasehold akan bertajuk Pajakan Mukim ataupun Pajakan Negeri. Jika Freehold akan bertajuk Geran Mukim atau Geran Negeri
Perkara
yang perlu kita teliti dalam suratan hakmilik tetap adalah sama dengan
suratan hakmilik sementara. Cuma perbezaan pada mukasurat 3 (bahagian
pelan) sudah tiada pernyataan no2. seperti didalam hakmlik sementara.
Satu lagi tips berharga dalam meneliti hakmilik tetap.
No comments:
Post a Comment