Kata Freehold? Kenapa Rizab Melayu pulak? Kalau dah Freehold kira bebaslah. Semua bangsa boleh beli.
Freehold itu sejenis pegangan. Ataupun tempoh pegangan. Freehold bermaksud pegangan selama-lamanya. Freehold juga tertakluk kepada sekatan-sekatan kepentingan dalam pindahmilik
Ada Freehold - Tiada sekatan kepentingan
Ada Freehold - Tertakluk kepada kebenaran pindahmilik daripada pihak berkuasa negeri
Ada Freehold - Pengisytiharan Rizab Melayu / Kemasukan kedalam Rizab Melayu
Kesimpulannya, Freehold tidak semestinya semua bangsa boleh beli. Kita wajib semak semula pada bahagian sekatan-sekatan kepentingan
![]() |
Freehold - Tiada sekatan-sekatan kepentingan |
![]() |
Freehold - Sekatan pihak berkuasa negeri |
![]() |
Freehold - Rizab Melayu |
Freehold - Sekatan pihak berkuasa negeri = Bergantung kepada siapa penama semasa. Jika bumiputera, maka hanya boleh dijual kepada bumiputera sahaja. Jika bukan bumiputera boleh dijual kepada sesiapa sahaja melainkan bangsa asing.
Freehold - Rizab Melayu = Hanya boleh dijual kepada orang melayu sahaja
Belajar sesuatu?
No comments:
Post a Comment